Terung panggang resepi nenek

Ramuan / Bahan

Terung panjang 2 biji
Bawang merah di tumbuk
Cili api/cili merah ditumbuk
Pati Santan yg diperah dgn air panas
Perahan limau nipis

Cara-cara

Terung dipanggang sampai masak(kalau dah lembut masaklah tu). Terung itu di carik-carikkan sedikit.Campurkan bawang merah dan cili yg telah ditumbuk. Masukkan santan dan akhir sekali perahkan asam limau hingga terasa asamnya. Gaul rata. Sedapnya dimakan terutama untuk buka puasa.