Terung Panggang

Ramuan / Bahan

2 biji terung yang sederhana besar
1 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
1 biji cili merah
½ sudu garam
½ sudu gula 1 sudu cuka
3 ulas bawang merah (dihiris)
1 sudu besar minyak (diperasa)
1 sudu kicap cair (diperasa)
2 helai daun bawang

Cara-cara

Sediakan terung: Cuci & keringkan terung. Panggang terung hingga lembut dengan api yang sederhana panas. Sediakan garam lada: Campurkan bahan yang telah ditumbuk dengan cuka,garam & gula.Kacau rata-rata. Sediakan bahan perasa: Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bawang merah hingga kuning.Keluarkan bawang & tepikan minyak. Menghidang terung panggang: Kupas kulit terung yang telah masak & belah dua memanjang,serta aturkan dengan dalam pinggan bujur. Curahkan minyak goreng tadi,garam lada & kicap cair di atasnya. Taburkan daun bawang dadu atasnya sebagai hiasan.