Terung Gulai Tempoyak

Ramuan / Bahan

2 batang terung panjang
15 biji cili padi
3 biji cili merah
1 /2 inci kunyit hidup 20 biji petai
3 sudu tempoyak
5 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara

potong terung kepada 6 bahagian. Tumbuk cili padi, cili merah, kunyit hidup dan juga garam. Gaulkan semua bahan yang ditumbuk bersama dengan tempoyak. Campurkan bahan tersebut bersama air dan dimasak di atas dapur. Apabila kuah pekat, masukkan terung dan petai. Biarkan sehingga terung lembut. Apabila terung sudah lembut, tutup api dan siap untuk dihidangkan.