Terung Goreng Pedas Simple

Ramuan / Bahan

3 batang terung (belah 2 dan goreng)
minyak masak
bahan perasa: garam, gula, ajinomoto Bahan sambal:

1 sudu mkn udg kering (rendam dan cuci)
4 btg cili hidup
5-6 biji cili padi (nak pedas, tambah!)
1 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
½ biji bwg besar

Cara-cara

Gorengkan terung yang dibelah dua tadi sehingga sedikit kecolatan dan lembut. ketepikan terung. Blender atau tumbukkan bahan sambal sederhana kasar.
Tumis sambal dengan lebihan minyak menggoreng terung tadi. kemudian masukkan masukkan terung dan kacau sedikit dan masukkan bahan perasa. Sambal keluar minyak sedikit tutup api.