Terung Goreng Berkuah Sardin

Ramuan / Bahan

2 atau 3 biji terung panjang
(dibelah dan potong 2)
1 tin kecil sardin
minyak masak
1 biji bawang putih (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris sederhana)
5 biji cili padi (dipotong kasar-kasar)
1 biji epal hijau (dipotong kecil-kecil)
1 sudu sos tomato
sedikit air
garam secukup rasa

Cara-cara

1.goreng terung sehingga kekuningan,angkat dan susun di dalam pinggan/piring
2.panaskan 2 sudu minyak di dalam kuali.
3.tumis bawang putih,bawang besar,cili padi dan epal hijau yang telah dhiris/dipotong sehingga naik bau.
4.masukkan sos tomato dan sedikit air.kacau hingga kuah agak pekat.
5.masukkan sardin.
6.masukkan garam secukup rasa.
7.setelah masak, tuangkan sardin ke atas terung dan bolehlah dihidang.