Terung Dayak Dan Ikan Salai

Ramuan / Bahan

1 kg terung Dayak
1 liter air
2 batang serai
15 gm halia
2 ulas bawang putih 2 biji bawang merah
500 gm Ikan Lumbi Salai
Garam secukupnya
1 camca teh serbuk lada putih

Cara-cara

Basuh terung dan hiris setebal 1 cm. Jerang air. Titik serai dan halia. Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat dan dimasukkan ke dalam air yang sedang menggelegak. Masukkan terung Dayak dan masak hingga lembut. Rendam ikan salai seketika. Apabila terung dayak hampir masak masukkan ikan, garam dan serbuk lada putih.