Tempe Goreng Cili Bertaucu

Ramuan / Bahan

2 bungkus tempe (dipotong dadu)
4 biji cili merah (dihiris serong dan tebal)
2 biji cili hijau (dihiris serong dan tebal)
5 helai daun bawang (dipotong 1 inci) 1 labu bawang besar (dipotong bulat)
10 biji cili api (dihiris halus)
1 sudu besar taucu
Serbuk kunyit secukupnya

Cara-cara

Basahkan tempe dan gaul dengan garam kunyit. Panaskan minyak dan goreng tempe sehingga garing.

Panaskan sesudu minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya. Kemudian masukkan taucu.

Masukkan tempe bersama cili, bawang besar, daun bawang, cili api dan gaul mesrakan bahan-bahan.

Biarkan seketika di atas api, angkat dan hidangkan.