Tauhu Tumis Dengan Kicap

Ramuan / Bahan

6 keping tauhu
1 batang serai
5 ulas bawang merah
Sehiris lengkuas
Sedikit garam
3 biji cili muda 2 ulas bawang putih
1 sudu makan kicap
2 sudu makan marjerin
Serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Tauhu dipotong kecil-kecil dan digoreng setengah masak, cili muda, lengkuas, bawang putih dan bawang merah dihiris halus. Cili padi dibelah dua. Panaskan marjerin di dalam kuali setelah itu tumiskan bahan yang telah dihiris halus tadi, masukkan sedikit air dan kicap. Setelah itu masukkan tauhu dan tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Masak jangan sampai kering dan perlahankan api.