Tauhu Sumbat

Ramuan / Bahan

2 keping tauhu kuning
5 cm timun
ΒΌ biji sengkuang
60 gm taugeh 4-6 helai daun salad
1 biji cili merah
2 sudu minyak

Cara-cara

Bersihkan semua sayur-sayuran. Sediakan sos cili seperti membuat sos untuk salad telur. Didihkan air & celur taugeh kemudian dituskan. Panaskan miyak dalam kuali. Keringkan tauhu,potong segitiga & goreng hingga keras,kemudian dituskan. Apabila sejuk,turis tengahnya. Mayang timun & sengkuang. Mayang cili merah memanjang & rendam di dalam air sejuk untuk dibuat hiasan. Sumbatkan sayur-sayuran yang telah disediakan ke dalam turis-turisan tauhu. Mengatur salad: Keringkan daun salad dengan kain pengesat & aturkan di dalam pinggan bujur. Atur tauhu sumbat dengan kemas. Hias dengan cili.Hidang dengan sos cili.