Tauhu Rebus Asam

Ramuan / Bahan

4 keping tauhu
2 biji telur
1 labu bawang besar (dibelah empat)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 batang serai (dititik)
3 biji cili merah (dibelah dua) 1 biji tomato (dibelah empat dan dibuang bijinya)
2 cm kunyit hidup (dilumatkan)
3 keping asam keping
3 batang kacang panjang (dipotong 3cm)
2 liter air rebusan ayam

Cara-cara

Campurkan cili merah, kunyit hidup, bawang besar, bawang putih, serai dan asam keping ke dalam air rebusan ayam dan didihkan. Kemudian pecahkan telur, biarkan seketika sebelum dimasukkan tauhu dan kacang panjang. Sesuaikan rasa sebelum diangkat dam masukkan tomato. Hidangkan.