Taugeh Masak Lemak

Ramuan / Bahan

250 gm taugeh (dibuang ekornya,basuh & ditoskan)
1 camca minyak makan
1 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu besar bawang besar (dibelah empat)
60 ml air rebusan yang cair 2 batang lada hijau (dihiros menyerong) 1 camca kicap cair
1 camca kicap manis
1 camca sos tomato
1 camca minyak bijan
Garam & lada sulah secukup rasa
60 gm daun bawang (dicincang)

Cara-cara

Pijarkan minyak atas api yang sederhana & gorengkan bawang putih hingga wangi.
Masukkan bawang besar & masaklah hingga layu. Kecilkan api & tuangkan air atau air rebusan perlahan-lahan.Biarkamn mendidih & masukkan lada. Kecilkan api sekali lagi & didihkan perlahan-lahan selama 3-5 minit. Masukkan taugeh & masaklah hingga empuk sayurnya.Sesuaikan rasanya & angkat periuk dari api. Senduk ke dalam mangkuk & taburkan dengan daun bawang diatasnya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih. Ikan goreng & sambal.