Taugeh Lemak Dengan Tauhu

Ramuan / Bahan

250 gm taugeh ( dibuang ekornya,dicuci & ditoskan)
1-2 sudu minyak makan
250 gm udang hidup ( dibuang kulit & uratnya & diperasakan)
300 ml santan
7 ulas bawang merah (dihiris tipis)
2 keping tauhu kuning 1 keping tauhu kuning
1 keping tauhu putih
1 batang lada hujau
2 batang lada merah
Garam & lada sulah secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa
150 ml pati santan

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1.2 cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu garam
1 sudu belacan (dibakar)

Cara-cara

Pijarkan minyak diatas api yang sederhana & tumis bawang merah. Masukkan bahan tumbuk & goreng hingga keluar minyak. Masukkan udang.Apabila ia merekot, masukkan santan. Kacau hingga mendidih,kemudian masukkan tauhu & lada. Masaklah selama 1 minit,kemudian masukkan pati santan panaskan hingga mendidih & angkat dari api. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih, daging berempah kering atau masakan-masakan ikan & sejenis sambal.