Taugeh Goreng Pedas

Ramuan / Bahan

Taugeh
Bawang Putih ( 3 ulas )
Bawang Kecil ( 3 ulas )}Tumbuk semua bahan
Cili Padi ( 8 Biji )
Ikan Masin Kurau

Cara-cara

Ikan Masin Kurau digoreng terlebih dahulu kemudian ditumbuk, kemudian tumbuk pula bawang putih ,bawang merah dan cili padi tadi sehingga lumat.
Kemudian masukkan sedikit minyak masak dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi dan ikan masin kurau. Biarkan ia garing kemudian masukkan taugeh , biarkan dalam 3 minit dang angkat ( Taugeh tek perlu dimasak terlalu lama kerana akan hilang khasiatnya )