Tauge Tumis Ikan Masin

Ramuan / Bahan

100 gm ikan kurau kering, potong kecil-kecil dan goreng
300 gm tauge, dibersihkan dan disejat
1 biji tomato, potong kecil-kecil
Garam secukupnya Minyak untuk menumis
4 tangkai cili merah - ditumbuk halus
1 biji bawang besar - ditumbuk halus
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing. Masukkan garam, ikan kering, tomato dan tauge. Kacau hingga rata. Apabila cukup masak baru diangkat.