Tauge dengan Kucai

Ramuan / Bahan

300 gm tauge
150 gm kucai
150 gm udang basah
10 gm suhun 4 ulas bawang putih
4 keping tauhu
1 sudu teh minyak
1 sudu teh kicap cair

Cara-cara

Basuh tauge dan ketepikan. Potong kucai sepanjang 2.5 cm. Potong tauhu sebesar 1 cm. Mayang bawang putih dan udang. Rendam suhun. Apabila empuk kerat-keratkan. Panaskan minyak. Goreng bawang putih dan udang. Masukkan tauhu dan balik-balikkan. Masukkan suhun. Kemudian masukkan tauge dan kucai. Campur kicap cair dan balik-balikkan. Angkat dalam masa 2-3 minit. Jangan dibiarkan sayur layu. Sebelum dimakan, jika suka campur cuka atau sebarang sos perasa yang masam.