Taucu Tempe Dengan Terung Telunjuk

Ramuan / Bahan

1 keping tempe (dipotong persegi,goreng garing)
4 tangkai cili hijau (dibelah dua)
5 biji terung telunjuk (dibelah dua)
½ cm halia
1 sudu besar bawang putih (dikisar) 1 sudu besar bawang merah (dikisar)
2 sudu besar taucu
1 sudu kecil gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Tumis bawang merah, putih & halia sehingga kuning & harum baunya. Kemudian
masukkan taucu & kacau sebati. Masukkan juga cili potong, terung telunjuk, garam
& gula. Kacau lagi sampai mesra. Setelah
bahan-bahan ini agak masak, baru masukkan tempe goreng. Kacau bersama bahan-bahan tadi, kemudian angkat & bolehlah dihidangkan.