Stik Kacang panjang Dan Kentang

Ramuan / Bahan

180 gm daging tenderloin
1 biji kentang
2 batang kacang panjang
1 camca mentega 2 ulas bawang merah (dicincang)
Sos barbeku
Garam
Lada sulah

Cara-cara

Perap daging dengan garam dan lada sulah selama sejam.

Panaskan kuali leper, grilkan daging yang telah diperap tai dengan mentega dan bawang merah selama 10 minit.

Kaup balikkan sehingga masak rata. Angkat dan ketepikan dahulu.

Kupaskan kentang dan panggangkan ia selama lima minit. Sementara itu, celur kacang panjang.

Susun aturkan daging panggang, kacang panjang dan kentang ke atas pinggan hidangan.

Tuangkan sos barbeku di atasnya. Hidangkan.