Som Tam Thai

Ramuan / Bahan

½ biji betik muda
5 ulas bawang putih
kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak
udang kering (agak-agak)
10 tangkai cili padi (ikut selera)
3 sudu kicap sotong
3 sudu gula kabung (warna putih dan likat)
2 sudu jus limau nipis
sediki perasa
kacang panjang
kangkung

Cara-cara

Betik diparut. masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung kayu dan tumbuk kasar. masukkan gula kabung, jus limau nipis dan kicap sotong, gaul biar sebati. masukkan kacang tanah, kacang panjang tumbuk kasar. dan akhir sekali masukkan betik yang telah di parut dan gaul biar sebati. Tuangkan ke dalam bekas untuk dihidangkan