Som Tam Lobak Merah

Ramuan / Bahan

1 batang lobak merah - dipotong jurai halus
1 urat kacang panjang - dihiris serong nipis
5 helai daun salad
1 biji tomato - dibelah lapan
4 tangkai cili padi - potong kecil atau ditumbuk kasar
50 gm udang kering - ditumbuk kasar 3 sudu besar kacang tanah sangai - ditumbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Gula mengikut rasa
1 ulas bawang putih (jika suka)

Cara-cara

Satukan sos ikan, gula dan jus limau nipis. Kacau rata. Campurkan lobak merah, kacang panjang, tomato, cili padi, udang kering dan kacang tanah gaul hingga rata. Kiranya kurang masin boleh ditambah garam kerana sos ikan sudah masin. Alaskan pinggan dengan daun salad, isikan som tam dan makan segera.