Seri Hijau Udang

Ramuan / Bahan

10 tangkai cili hijau( belah empat jangan putus dan buang bijinya)
5 ekor udang besar atau udang kering.
2 sudu besar kerisik
3 ulas bawang kecil( untuk menimis)
3 ulas bawang putih ( untuk menumis)
air belacan
air asam jawa
sedikit minyak
garam dan gula secukup rasa
sedikit sos tiram Bahan hiasan
Bawang goreng
Bwang Besar ( dipotong labu)

Cara-cara

Masukkan 3 sudu minyak mayak untuk menumis bawang kecil dan bawang merah.Goreng sehingga naik aroma. Kemudian masukkan cili hijau berserta udang tadi. Selepas itu, masukkan garam, gula, air belacan dan air asam jawa. Kemudia masukkan pula sos tiram. Letakkan sedikit air jika hendak berkuah.Kemudian laburkan bawang besar. Didihkan sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.