Sejambak Kenangan

Ramuan / Bahan

300 gm brokoli(leraikan ikut kelopak)
100 gm udang putih segar
1 batang lobak merah(potong serong)
6 tongkol jagung muda
3 tangkai cili merah(dihiris)
Garam secukup rasa ½ kiub pati ikan bilis
½ labu bawang besar(potong dadu)
1 ulas bawang putih(diketuk)
1 sudu kecil tepung jagung(larutkan dengan sedikit air)
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis bawang besar & bawang putih hingga wangi.Masukkan udang serta kiub ikan bilis, kacau rata.
Masukkan lobak merah balik-balikkan kemudian masukkan brokoli & jagung muda. Masukkan cili merah, garam & tepung jagung, kacau cepat-cepat lalu hidangkan.