Sayur Udang Brokoli

Ramuan / Bahan

240 gm brokoli (diambil bunganya saja)
160 gm udang (dibuang kulit)
1 sudu besar bawang kecil (dimayang)
1 sudu besar minyak jagung 1 sudu kecil bawang putih
1 sudu kecil cili dipotong halus
½ sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara

Jerang 2 liter air hingga mendidih. Masukkan garam & brokoli. Biarkan ia mendidih 2 minit. Setelah itu buang air & atur brokoli di tepi pinggan. Goreng bawang putih, bawang kecil & cili menggunakan minyak sayur selama 1 minit.
Kemudian masukkan udang selama 2 minit. Taburkan garam, lada sulah & serbuk kunyit. Sesudah siap, atur udang di tengah pinggan dengan dikelilingi brokoli.