Sayur Rampai

Ramuan / Bahan

500 gm kacang pes
400gm putik jagung
400 gm lobak merah
400 gm bunga kubis
500 gm udang
3 sudu besar sos tiram (dicairkan dengan ΒΌ cawan air)
5 tangkai cili padi (dibelah dua) 4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 cm halia
Minyak jagung untuk menumis
Garam
Lada sulah secukupnya

Cara-cara

Potong sayur mengikut citarasa dan dibersihkan. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.

Panaskan dua sudu besar minyak jagung dan tumis bawang sehingga naik baunya.

Kemudian masukkan udang dan sos tiram. Biarkan seketika.

Masukkan putik jagung dan biarkan sehingga ia lembut, kemudian masukkan sayuran lain.

Biarkan seketika di atas api sederhana sebelum diangkat.