Sayur Rampai

Ramuan / Bahan

3 keping tempe
¼ kg kacang panjang
3 keping foocuk
1 batang karot
2.5 sm halia
2 labu bawang besar
3 biji cili hijau
Sedikit belacan
½ biji kelapa atau ½ paket santan serbuk diambil pati santannya 3 keping tauhu
20 sen soohon
½ mangkuk udang hidup
6 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tempe dan tauhu digoreng terlebih dahulu setelah itu dipotong kecil-kecil. Cili merah, bawang merah, bawang putih, halia dan belacan ditumbuk hingga lumat. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan bawang besar yang telah dipotong serta udang hidup. Kemudian masukkan pula kacang panjang, karet, soohon, foocuk, tauhu dan tempe. Gaulkan sehingga semuanya menjadi sebati. Setelah itu tuangkan pati santan secukupnya sambil digaul perlahan-lahan. Akhir sekali tambahkan garam secukupnya.