Sayur Petola Manis

Ramuan / Bahan

2 biji petola
2 biji cili merah
20 sen soohon
2 ulas bawang merah 4 tahil udang hidup
1 ulas bawang putih
Garam serta serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Petola dibuang kulit kerasnya serta dikikiskan sedikit kulit luarnya, setelah itu dipotong bulat-bulat. Cili merah, bawang merah dan bawang putih dimayang halus. Udang dibersihkan serta buang kulitnya. Rendamkan soohon dengan air sejuk seketika. Jerangkan air di dalam periuk, masukkan bersama udang, bawang dan cili yang telah dimayang biarkan sehingga mendidih bila sudah mendidih masukkan pula petola dan tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Biar seketika tapi jangan terlalu lama kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.