Sayur Masak Tempoyak

Ramuan / Bahan

1. Daun-daun untuk masak tempoyak.
- Daun pucuk ubi
- Daun kunyit
- Daun labu
- Daun pucuk kaduk
- Serai(tumbuk halus)
- Petai(dibuang kulit)

(Actually semua daun yang boleh di
makan boleh dicampurkan dalam
masakan ini).

Hiris halus-halus.

2. Cili api 20 biji.
3. 2 inci kunyit hidup.
(Bahan 2 & 3 di tumbuk bersama).
4. 4-6 sudu tempoyak.
5. Santan dari sebiji kelapa.
6. 2 keping asam keping.
7. Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara

1. Masak santan + cili api + kunyit
Biar sampai santan mendidih.
2. Bila santan mendidih masukkan daun-
daun yang dihiris.
3. Masukkan juga tempoyak.
4. Gaul rata.
5. Masukkan garam dan sedikit gula
secukup rasa.
6. Masukkan asam keping supaya gulai
tahan lama dan enak.
6. Masak sehingga gulai hampir kering.