Sayur Manis

Ramuan / Bahan

150 gm udang
200 gm kangkung
200 gm bayam
10 batang kacang panjang
2 tangkai cili merah
1 biji keledek 1 biji terung
3 biji bawang merah
1 camca besar gula
1 camca teh belacan
Sedikit garam

Cara-cara

Bersihkan sayur. Potong kangkung, bayam, kacang panjang, terung dan juga keledek.

Tumbuk cili dan bawang merah. Udang dipotong kecil-kecil.

Gaul cili bersama bawang merah, belacan dan udang.

Jerang bersama air. Masukkan keledek dan masak hingga keledek separuh empuk.

Masukkan garam dan sayur-sayuran lain. Masak hingga semuanya empuk.