Sayur Manis

Ramuan / Bahan

150 gm udang
10 batang kangkung
10 batang bayam
5 batang kacang panjang
2 biji cili merah
1 biji keledek 1 biji terung
3 labu bawang merah
1 sudu besar gula
1 sudu teh belacan
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan sayur dan kerat kangkung dan bayam sepanjang 3 cm. Potong kacang panjang lebih kurang 2.5 cm panjangnya dan terung sebesar 2.5 cm. Kupas keledek dan takik-takik sebesar 2.5 cm persegi. Tumbuk cili dan bawang merah. Potong udang kecil-kecil. Gaul cili, bawang merah, belacan dan udang. Jerang bersama air. Masukkan keledek dan masak hingga keledek separuh empuk. Masukkan garam dan gula. Masukkan terung dan masak sehingga hampir empuk. Masukkan sayur-sayuran. Masak hingga semuanya empuk.