Sayur Lodeh

Ramuan / Bahan

50 gm sengkuang
50 gm lobak merah
50 gm kubis bulat
50 gm kacang panjang
50 gm terung panjang
50 ml minyak
2 biji kelapa, dijadikan santan
2 batang serai, dititik
2 biji tauhu, dipotong dadu
50 gm tempe, dipotong dadu dan digoreng 3 biji cili merah, dibelah empat
3 biji cili hijau, dibelah empat
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
50 gm bawang merah
5 biji cili api
20 gm kunyit hidup
50 gm udang kering

Cara-cara

Potong memanjang semua sayur. Cuci bersih dan sejat. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga naik wangi. Masukkan santan, serai dan semua sayur. Apabila mendidih masukkan garam secukup rasa. Biar seketika dan angkat.