Sayur Kurma

Ramuan / Bahan

50 gm ubi kentang
50 gm lobak merah
50 gm kubis bunga
30 gm kacang parang
20 gm cendawan tiram
30 gm brokoli
20 gm bawang merah
10 gm bawang putih
10 gm halia 50 gm serbuk kurma
10 gm serbuk ketumbar
100 ml santan
50 ml susu masam
60 ml minyak sapi
10 gm cili hijau
10 gm kulit kayu manis
5 gm halba
Garam dan perasa secukup rasa.

Cara-cara

Bersih dan potong sayur mengikut cita rasa sendiri. Giling halus bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan kulit kayu manis, halba, cili hijau dan kacau sebati. Masukkan rempah kurma ketumbar yang dicampur dengan sedikit air, tumis sampai rempahnya naik minyak. Masukkan santan, susu masam, ubi kentang, lobak merah, bunga kobis, brokolli, kacang parang dan cendawan dan kacau lagi sehingga sebati. Bila sayur empuk masukkan perasa dan garam secukup rasa dan perlahankan api. Biarkan seketika barulah diangkat.