Sayur Goreng Perpaduan

Ramuan / Bahan

1 pokok kailan
1 batang lobak merah
1 tin cendawan butang
3 keping cendawan telinga (direndam hingga kembang)
10 biji telur puyuh (direbus)
25 gm kacang sepat 1 biji cili benggala
1 labu bawang putih
1.2 cm halia (ditumbuk lumat)
25 gm udang hidup
2 ketul hati ayam
2 ekor sotong (dibuang kulit & potong 4 persegi)

Cara-cara

Kailan, lobak merah, cendawan butang, cili hijau, kacang sepat & cendawan telinga dipotong kecil. Udang hidup dibersihkan. Hati ayam dipotong kecil-kecil. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang ditumbuk bersama hati ayam, udang, sotong & garam secukupnya. Tambah sesudu teh minyak bijan. Masukkan pula sayur jenis keras, diikuti jenis cendawan. Kemudian ditambah pula bancuhan 1/2 sudu besar tepung jagung & 1/2 cawan air ke dalam sayuran ini sambil dikacau sehingga masak. Akhir sekali baru masukkan telur puyuh. Rasa garamnya. Angkat & bubuh dalam pinggan yang dilapik daun salad. Hias dengan cili bunga.