Sayur Goreng Campur

Ramuan / Bahan

100 gram kubis cina
50 gram lobak merah
50 gram bunga kubis
2 camca sedang minyak sayur
50 gram bawang putih, dicincang 2 camca sedang air rebusan ayam
2 camca sedang sos tiram
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

Cara-cara

Hiris semua sayur-sayuran. Basuh dan ketepikan.

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sayur-sayuran, air rebusan ayam, garam dan serbuk lada sulah.

Kacau selama lima minit, angkat dan hidangkan.