Sayur Celery dengan Daging

Ramuan / Bahan

600 g daging - dipotong kecil
6 batang sayur celery (daun sadri jenis besar)
3 ulas bawang putih
2 sm halia
2 sudu besar kicap cair 1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada sulah
1 cawan cendawan butang
Garam secukup rasa

Cara-cara

Sayur celery dipotong menyerong. Daging dibersihkan. Tumiskan bawang putih dan halia sampai kuning. Masukkan daging dan bubuh air hingga elok empuk. Apabila kuahnya mendidih dan daging empuk baru masukkan sayur celery dan kacau hingga rata. Kemudian bubuh bancuhan tepung jagung dan kicap cair dan akhir sekali sos tiram.