Sayur Campur Tauhu Telur

Ramuan / Bahan

1 bungkus tauhu telur (ada dijual di supermarket)dipotong bulat2
Sawi cina, carrot, bunga kobis (ikut suka)
sos tiram
cili merah }
cili benggala/cameron }dihiris
sedikit air
sedikit serbuk perasa
sedikit garam
Tepung jagung
Bahan yg ditumbuk

Bwg merah
Bwg putih
Udang geragau

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng tauhu telur agak2 garing sedikit kulitnya barulah diketepikan.Tumiskan bahan yg ditumbuk tadi hingga garing.Masukkan sos tiram dan sedikit air.Letakkan sedikit tepung jagung jika ingin kuahnya pekat.Carrot hendaklah dimasukkan dahulu supaya empuk.Kemudian,masukkan cili merah/benggala dan sedikit garam dan serbuk perasa.Bila carrot sudah empuk, baru masukkan sayur2 yang lain.Akhir sekali masukkan tauhu telur.Jangan dikacau terlalu kuat kerana tauhu telur mudah pecah.Angkat dan taburkan bawang goreng.