Sayur Campur Istimewa

Ramuan / Bahan

Bahan A
minyak masak
sedikit isi ayam (digaul bersama sedikit sos tiram)
4 biji kentang (dipotong dadu)

Bahan B
sedikit bunga kobis
sedikit brongkoli
lada benggala merah
lada benggala hijau

6 ulas bawang putih (di cincang halus)
5 sudu makan sos tiram
2 sudu pati ayam
sedikit garam (jika perlu)

Cara-cara

Goreng ayam sampai masak. selepas tu diikuti pula kentang. toskan. bahan B di rebus kemudian ditoskan. panaskan minyak dan masukkan bawang putih. tumis hingga naik bau. masukkan sos tiram dan pati ayam.selepas itu, masukkan bahan A dan bahan B tadi serentak. gaul rata. masak selama lima minit dan sedia untuk dihidang.selamat mencuba.