Sayur Campur dengan Udang

Ramuan / Bahan

100 g broccoli
100 g bunga kubis
1 bungkus putik jagung
1 batang lobak merah
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sudu kecil garam
1 sudu besar air halia
1 sudu kecil gula 1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu besar sos tiram
Sedikit minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 2 sudu besar air
Sedikit udang hidup

Cara-cara

Masukkan 1/2 sudu kecil garam, sedikit gula, 2 sudu besar minyak bijan dalam 1/2 liter air yang mendidih. Celurkan semua bahan sayuran tadi, angkat dan toskan. Tumiskan pula bawang putih sampai kuning, bubuh air halia, serbuk perasa udang, lada sulah, garam dan gula. Masukkan sayur-sayuran yang telah dicelur tadi dan goreng sekejap. Akhir sekali bubuh sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah, sos tiram dan minyak bijan.