Sayur Campur Ala Hyatt

Ramuan / Bahan

200 gm bunga kubis
5 tangkai putik jagung
1 batang lobak merah
10 biji cendawan butang
100 gm isi ayam
100 gm daging (dipotong kecil-kecil) ½ sudu besar tepung jagung
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji cili merah (dihiris halus)
Garam secukup rasa
1 sudu besar kicap cair

Cara-cara

Potong semua jenis sayur mengikut suka. Potong kecil isi ayam dan daging.

Tumis bawang putih sehingga garing. Masukkan isi ayam serta daging dan masak sehingga empuk.

Setelah itu, masukkan pula kicap cair. Masukkan pula semua jenis sayur tadi dan cili merah.

Bancuh tepung jagung dengan setengah cawan air dan masukkan ke dalam sayur tadi. Bubuh garam secukup rasa dan balik-balikkan sekejap. Angkat dan hidangkan panas-panas.