Sayur Bermadu

Ramuan / Bahan

150 gm bunga kubis
150 gm kacang buncis
100 gm brokoli
100 gm jagung muda
100 gm cili Jepun
4 sudu besar minyak sapi
6 biji bawang merah, dimayang 150 gm udang sederhana besar
2 tangkai daun kari
6 biji cili merah, dimayang
2 sudu teh serbuk kunyit
100 ml susu cair
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara

Sayur-sayuran dan cili Jepun dipotong kecil dan dicelur. Angkat dan sejat.

Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumis bawang merah hingga wangi.

Masukkan udang, daun kari, cili merah dan serbuk kunyit. Kacau rata.

Masukkan sayur-sayuran celur. Kacau sebati.

Masukkan susu cair, garam dan serbuk persa. Kacau lagi.

Apabila cukup masak, angkat.