Sayur Bayam Sedap

Ramuan / Bahan

250 gm bayan
1 sudu minyak makan/salad
2 ulas baeng merah (dihiris tipis) cawan air
1 batang lada merah (dihiris tipis menyerong)
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Bahan Tumbuk:
60 gm ikan bilis (dibersihkan,direndam & ditoskan )
3 ulas bawang putih

Cara-cara

Petik daun bayam dari batangnya. Buangkan akar & batangnya yang keras. Potong-potongkan batang yang muda supaya menjadi panjang 2.5 cm & siat kulit luarnya. Cuci & toskan sayur itu. Pijarkan minyak & masukkan bahan yang telah ditumbuk. Masukkan bawang merah & gorengkan selama 2 minit. Kecilkan api. Masukkan air,lada & serbuk perasa secukup rasa. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup untuk selama 1-2 minit lagi. Masukkan daun bayam & padamkan apinya. Tutup periuknya & biarkan sayurnya masak dalam wap selama 1-2 minit.sesuaikan rasanya & kacau rata-rata. Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan dengan segera dengan nasi putih,ikan goreng & samba.