Sayur Batang Keladi

Ramuan / Bahan

Batang Keladi (cukup2 nak makan)
Cili Kering (ikut pedas)
Ikan Bilis
Belacan
Bawang Merah
Bawang Putih
Daun Cengkih
Daun Kunyit (dipotong halus)
Serai (ditumbuk)

Cara-cara

Batang keladi direbus sampai lembik. Toskan. Cili kering, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, dan belacan ditumbuk lumat. Tumiskan bahan yang ditumbuk dan serai sehingga naik bau. Masukkan batang keladi, daun kunyit dan daun cengkih. Masukkan air sedikit sahaja untuk kuah, dan jgn lupa garam dan ajinomoto. Dah siap!