Sawi Goreng

Ramuan / Bahan

300 gm sawi
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah 75 gm udang hidup (saiz sederhana)
3 sudu minyak
Garam,gula & lada sulah (mengikut rasa)
1 sudu kicap cair

Cara-cara

Sediakan bahan-bahan:Sediakan udang & campurkan dengan garam,lada hitam & gula. Bersihkan semua sayur-sayuran.Kupas bawang merah,bawang putih & biang biji cili. Basuh sawi dengan air paip yang mengalir. Hiris bawang merah,cincang bawang putih,mayang cili & rendam dalam air sejuk untuk hiasan & potong sawi 5 cm panjang (asingkan batang daripada daun). Menggoreng Sawi: Panaskan minyak di dalam kuali & goreng bawang merah & bawang putih hingga kuning. Tambahkan udang & 1-2 sudu air. Goreng udang hingga merah warnanya. Masukkan batang sawi & kemudian daunnya dengan udang & 1-2 sudu air. Goreng udang hingga merah warnanya. Masukkan batang sawi & kemudian daunnya dengan 2 sudu air. Masak selama beberapa minit. Goreng sawi jangan sampai lecur. Masukkan lada hitam,garam & sos. Hidangkan berhias cili.