Sawi Fish Ball Asli

Ramuan / Bahan

1 ikat Sawi (lebih kurang 6 batang)
ikan sadin/selayang
2 ulas bawang merah & putih
1 sudu teh lada itam (tumbuk)
So'un & tauhu kering
garam
Minyak masa untuk menumis

Cara-cara

Rendam so'un dan tauhu kering. Asingkan isi ikan dari tulangnya dan tumbuk sehingga lumat. Gentel isi ikan tersebut menjadi bentuk bulat (bebola ikan). Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumiskan bawang merah/putih dan lada hitam. Setelah garing masukkan 2 gelas air (ikut selera). Masukkan bebola ikan, sawi dan garam. Akhir sekali masukkan so'un dan tauhu kering yang telah lembut direndam. Renehkan sehingga semua bahan menjadi empuk.