Sawi Cina Masak Sos Tiram

Ramuan / Bahan

Bahan Sayuran.
Sawi cina - 4 pokok Bahan Kuah:-

Bawang Putih - 5-6 ulas
Cili padi - 4-6 biji
Sos Tiram - 5 Sudu Besar
Air - ½ cawan
Tepung jagung - 1 sudu besar
minyak masak

Cara-cara

1. Rebus air yang dicampur setitik minyak sehingga mendidih.
2. Masukkan sayur sawi cina, tunggu sedikit layu.
3. Keluarkan dan toskan air nya dan boleh disusun didalam mangkuk.
KUAH.
1. Tumbuk lumat bawang putih dan cili padi.
2. Tumis seketika, dan masukkan sos tiram.
3. Kacau sebati dan tambahkan sedikit air.kacau sekali lagi.
4. Bancuh tepung jagung dan dimasukkan dalam kuah sos tiram tadi untuk memekatkannya.
5. Curahkan sos yang telah masak keatas sawi cina yang telah disusun diatas mangkuk.