Sate Tempe

Ramuan / Bahan

6 keping tempe
½ tin susu santan pekat
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1.2 sm kulit kayu manis
1 batang serai 1 hiring lengkuas
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar minyak kelapa
Asam, garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Tempe hendaklah dipotong bahagian tepinya dan kemudian dipotong jadikan kepingan 4 persegi anggaran 2.5 sm besarnya. Ketumbar, kulit kayu manis, jintan manis, lengkuas, serai hendaklah digiling hingga lumat. Setelah itu digilingkan pula bawang putih dan bawang merah. Ramas asam jawa dengan santan kemudian tapiskan. Pijarkan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang-bawang yang telah digiling tadi hingga kuning. Lepas itu masukkan bahan rempah lain yang telah digiling dan kacau hingga wangi. Masukkan tempe serta santan. Tambahkan garam serta gula secukup rasa dan masaklah hingga cukup kering.