Ramuan / Bahan
450 gm udang
4 batang daun bawang
6 helai daun saderi
2 biji telur rebus
2 biji timun 1 labu bawang besar
1 sudu teh lada sulah
Sos tomato atau sos cili
Garam secukup rasa
4 batang daun bawang
6 helai daun saderi
2 biji telur rebus
2 biji timun 1 labu bawang besar
1 sudu teh lada sulah
Sos tomato atau sos cili
Garam secukup rasa
Cara-cara
Buang hujung dan pangkal timun dan potong menjadi 2 atau 3 kerat. Korek isi timun dan garis kulitnya. Gaul udang dengan garam dan lada sulah. Kukus udang dan setelah masak, cincang halus-halus. Rebus telur dan cincang halus. Gaulkan daun bawang, daun saderi, bawang besar dan telur rebus yang dicincang bersama udang. Rebus timun di dalam air menggelegak yang dibubuh garam. Masak dan toskan. Senduk udang yang telah digaul dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam timun. Makan dengan sos tomato atau sos cili.