Sanda Udang Goreng

Ramuan / Bahan

15 tangkai sanda (keladi air)
200 gm udang basah (dibersihkan)
2 ulas bawang kecil (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris) 10 tangkai cili kering (ditumbuk)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Sanda dikupas batangnya, di tarik umbut & dipotong anggaran 3 cm panjang. Ketepikan. Tumis cili, bawang merah & bawang putih bersama udang sehingga naik bau. Masukkan sanda & garam. Kacau, sebati & tunggu sehingga masak.