Sambal Rampai Tempoyak Ikan Bilis

Ramuan / Bahan

200 gram ikan bilis
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
30 biji cili padi Siam
6 biji cili merah
minyak masak untuk menumis

1 cawan tempoyak yg baru
4 helai daun kunyit muda
1 cawan santan pekat
garam secukup rasa
1 camca teh serbuk kunyit

Cara-cara

1. Ikan bilis yg siap di siang digoreng garing dah ketepikan.
2. Daun kunyit muda di mayang halus dan ketepikan.

3. Bawang besar, bawang putih cili padi dan cili merah di kisar jgn terlalu halus. Tumis dengan minyak menggoreng ikan bilis tadi sampai pecah minyak.
4. Masukkan tempoyak dan santan. kacau lagi dengan api perlahan sampai santan mendidih. masukkan ikan bilis, garam dan sesuaikan rasanya. Bila hampir berminyak masukkan rampai daun kunyit muda, tunggu sampai pecah minyak dah boleh lah dihidangkan. Sedap di makan dengan nasi putih.