Sambal Kerabu

Ramuan / Bahan

4 biji cili merah
6 - 8 biji cili padi
2 cm belacan
3 biji tomato (didadu kecil) 1 labu bawang besar (didadu kecil)
1 camca besar perahan limau nipis
1 camca teh gula pasir
Garam

Cara-cara

Tumbuk cili merah bersama cili padi dan belacan hingga ia lumat. Kemudian kacau cili tadi bersama tomato, bawang besar, perahan limau nipis, gula pasir dan garam di dalam mangkuk hingga ia sebati. Hidang di dalam piring.