Sambal Goreng Tempe Berso'on

Ramuan / Bahan

Seikat kacang panjang(di potong halus menyerong)
4 biji kentang
4 keping tauhu
4 keping tempe
¼ kilo mempedal ayam(Kalau tak nak banyak, 2 ketul pun cukup)
¼ kilo hati ayam
½ kilo udang basah(sederhana besar)
tempe, tauhu dan kentang potong kecil dan tipis dan digoreng
Mempedal, hati ayam digoreng dan kemudian dipotong kecil
Udang dibesihkan
10 batang lada kering(di basuh dan digunting menyerong)
Sepeket so'on(direndam dan digunting pendek)
2-3 biji bawang besar dihiris
3-4 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
sedikit asam jawa
sepeket kecil udang kering yang direndam dan ditumbuk halus
gula, garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak sedikit. Masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih, serai titik,dan lengkuas sehingga rata.
Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan udang kering yang ditumbuk halus.Masukkan santan pekat, masukkan gula , garam secukup rasa. Kacau bahan sehingga agak pekat, baru masukkan bahan bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, kentang, mempedal, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.
Kemudian masukkan kacang panjang yang dihiris dan so'on yang yang digunting gunting. Masak dengan api perlahan sehingga sebati. Dekat nak angkat tu taburkan cili kering dan gaul rata.