Sambal Goreng Kacang

Ramuan / Bahan

200 gm kacang panjang, dihiris
4 keping tempe, dipotong-potong dan digoreng
2 keping tauhu
200 gm udang basah
20 gm suhun, direndam dan disejat
3 camca sedang cili boh 1 cawan minyak masak
Garam dan gula secukupnya
10 biji bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
5 tangkai cili merah - dimayang
1 sm halia, dihiris

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan mayang dan cili boh hingga garing. Masukkan garam dan gula. Kacau hingga sebati. Masukkan udang, kacang panjang, tempe, tauhu dan suhun. Kacau hingga rata. Angkat dan hidangkan.